Team Some Sdn Bhd berbesar hati menerima kunjungan daripada Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) ke kilang pengeluaran halal dim sum serta restoran Dim Sum Discovery by Canning di Ipoh.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi pengenalan syarikat oleh pengasas Team Some, disusuli dengan sesi soal jawab yang interaktif serta perkongsian pandangan bernas daripada para peserta. Rombongan turut berpeluang menyaksikan sendiri proses penghasilan dim sum halal di kilang kami, sekali gus memahami standard kualiti yang diterapkan.
Lebih menarik, para peserta turut merasai pengalaman hands-on melalui aktiviti Kiddo Dim Sum Workshop, di mana mereka sendiri dapat menghasilkan dim sum dengan bimbingan pasukan kami.
Lawatan ini diakhiri dengan jamuan istimewa, menikmati keenakan pelbagai menu dim sum halal yang dihidangkan segar dan panas-panas terus dari dapur.
Kami berharap pengalaman ini bukan sahaja memberi ilmu serta inspirasi, malah membuka ruang kepada potensi kerjasama dan kolaborasi pada masa akan datang.