Pada 10 November 2023, Team Some Sdn Bhd telah mengadakan Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api. Ceramah tersebut diketuai oleh Encik Abdul Rahman Bin Abdullah dan Encik Zuki dari Balai Bomba & Penyelamat, Ipoh.
Aktiviti seperti ini adalah penting bagi memastikan setiap pekerja memahami peranan masing-masing dan tindakan yang perlu diambil dalam situasi kebakaran atau kecemasan di tempat kerja. Para pekerja diberikan pendedahan tentang cara menghubungi perkhidmatan kecemasan, teknik penyelamatan diri jika terperangkap dalam kebakaran, dan cara menggunakan peralatan pemadam api dengan betul.
Inisiatif seperti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan kepada pekerja, mempersiapkan mereka untuk menghadapi sebarang kecemasan yang mungkin berlaku. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.